Setiap insan perlu ada kekuatan, tanpanya tiang yang dibina sekuat manapun pastinya akan rebah.
Kawal kemarahanmu kerana kemarahan akan menunjukkan betapa diri kamu amat lemah sekali
Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kesedihan hanya akan membuat musuh anda gembira. Dari itu bahagiakanlah hati anda yang mana membuat musuh anda berdukacita.
Semangat yang berkobar-kobar adalah hiasan para waris Nabi, sedangkan kesombongan adalah virus yang menjangkiti para penzalim yang keji
Jangan pernah rasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini dengan penuh masalah. Sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ia lebih baik. Halangan atau cabaran atau masalah bukanlah penyebab besar kepada kegagalan kamu tetapi diri kamu sendiri.
Hidup ini ibarat satu perlayaran, mengemudi bahtera untuk sampai ke terminal kejayaan. Dengan itu layarkanlah usaha gigihmu agar tidak tengelam di dalam dilema kekecewaan.
Sahabat pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Kesediaan untuk memaafkan sahabat sesuatu yang mulia kerana Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya.
0 tukang komen:
Post a Comment
putera dan puteri katak yang suka meng-omen