»
Hi! Put your welcome address here. If you have time, please FOLLOW this blog n drop your comment or message in my shout box.Thank you!:

Sunday, December 11, 2011

twister ada campuran darah HIV?










Biar betul ! Pepsi, Coca Cola, Tropicana Twister Tercemar Dgn Darah HIV? Saya dikejutkan oleh mesej pesanan ringkas SMS dari seorang kawan. Iye ke betul? Ok kat sini saya akan memperjelaskan keadaan yang sebenar.


Di bawah ni saya terangkan keadaan sebenar dan ini adalah mesej pesanan ringkas SMS yang saya dapat.

Dalam beberapa hari akan datang ni, tolong jgn minum apa2 produk dr syarikat pepsi spt tropicana, slice,7up, coca-cola dll... dimana seorang pekerja dr syarikat ini telah mencampurkan darah nyer yang mengandungi kuman hiv, untuk rujukan ada disiarkan dlm NTV7 ..... sila sebarkan...

Kalau korang nak tau sebelum dan sebelum ini juga pernah berlaku kejadian seperti ini penyebaran melalui mesej pesanan ringkas SMS dan juge di laman sosial.

Benda camni sama macam kes penyebaran email tentang kicap yang mengandungi virus HIV pada tahun 2004 dan juga kes sos tomato yang mengandungi virus HIV pada tahun 2010.

Okay.. Di sini saya nak bagi tahu, sekiranya terjadi juga darah yang mengandungi HIV tersebut ke dalam minuman korang tak perlu gusar.

Kalau korang nak tau ,

HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani adalah dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV yang berlaku daripada makan makanan.


ini pula laporan dari CDC, iaitu Center for Disease Control and Prevention

Dimana,

Tiada insiden makanan yang tercemar dengan darah atau air mani yang dijangkiti HIV telah dilaporkan ke CDC. Tambahan pula, CDC tidak menerima sebarang laporan jangkitan HIV akibat daripada memakan makanan, termasuk bahan perasa.

Korang jugak boleh usha kat urbanlegends.about.com tentang kes-kes palsu seperti ini yang di keluarkan pada tahun-tahun yang lepas.

Di situ menyatakan penyebaran ini adalah sama sekali paslu dan tidak benar, Mungkin ada agenda yang ingin menjatuhkan keuntungan syarikat tersebut.

Di sebabkan saya hati-hatilah dengan sebarang penyebaran SMS dan saya tak mudah percaya tu saya buat kajian nih dan saya share kan kat korang...
semoga korang yang membaca nih share kan pada kengkawan yang lain yang tak tau tuh.... ##CREDIT TO MAZEER MOHAMMAD FOR SHARING THIS ARTICLE

0 tukang komen:

Post a Comment

putera dan puteri katak yang suka meng-omen

 
Thanks for visiting unni!